Sorok bawah kabinet dapur, bakul - Utusan Malaysia

Sorok bawah kabinet dapur, bakul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kabinet dapur dan bakul tuala kotor antara tempat 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyembunyikan diri daripada ditahan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Op Mega 3.0 di sebuah hotel di Kepong, di sini hari ini.

Bagaimanapun, taktik itu gagal selepas kesemua mereka iaitu 48 wanita dan lima lelaki serta tiga warga tempatan yang disyaki sebagai penjaga premis serta kapten ditahan dalam operasi terbabit.

Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya bertindak hasil risikan yang dijalankan selama seminggu oleh Unit Risikan, Operasi dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) di sebuah hotel yang mempunyai spa serta pub de­ngan menawarkan aktiviti tidak bermoral di situ.

“Serbuan tersebut menahan kesemua wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan mereka boleh dibawa keluar untuk bermalam di bilik hotel dengan persetujuan bersama bergantung kepada bayaran.

“Mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300 bergantung pada pakej yang disediakan. Semasa serbuan, wanita warga asing ini bertindak agresif dengan cuba me­larikan diri serta bersembunyi di celahan kain tuala,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesalahan dilakukan mereka termasuk salah guna dan me­langgar syarat pas atau permit; tinggal lebih masa dan disyaki mempunyai permit kerja palsu.

“Kesemua tahanan iaitu lima warga Bangladesh, Indonesia (9), Thailand (28) dan Vietnam (11) dibawa ke depot Jabatan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut,” kata­nya.

Katanya, kesemua wanita warga asing itu disiasat di bawah Akta Imigresen, peraturan-peraturan Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN