Shanmugamoorthy dilantik Ketua Polis Daerah Sentul baharu - Utusan Malaysia

Shanmugamoorthy dilantik Ketua Polis Daerah Sentul baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner R. Munusamy yang akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Terdahulu, Superintenden Heisham Harun dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Bahagian Kepolisan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN