SUASANA The Starling Mall, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor itu tidak seperti kebiasaan. Hari minggu itu orang ramai kelihatan berpusu-pusu menuju ke ruangan tengah aras bawah seolah-olah ada sesuatu yang menanti. Satu persatu karya seni yang dipamerkan di ruangan tersebut dilewati orang ramai. Ada yang terpaku dan membelek-belek setiap sudut karya dengan penuh rasa teruja. Ada pula yang sibuk berbincang tentang sesuatu yang tiada buah butirnya sambil menunjuk ke arah…










