Semuanya okey, tiada apa-apa – Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Semuanya okey, tiada apa-apa – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Okt. – “Semua okey, tiada apa-apa.” Demikian reaksi ringkas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebaik sahaja selesai memberikan ketera­ngan selama lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu eng­gan memberikan sebarang komen berhubung siasatan tersebut.

“Saya tidak mahu komen. Semua okey, tiada apa-apa. Kasihan kamu (media) tunggu hujan-hujan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat masuk ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.20 pagi sebelum keluar pukul 5.40 petang.

Turut dipanggil memberi keterangan adalah anak sulung beliau, Datuk Nurulhidayah dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi@Ha­midi.

Namun, Nurulhidayah me­nafikan perkara itu dan menjelaskan kehadiran beliau hanya bagi menemani bapanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kereta Lexus berwarna putih tiba dengan me­ngenakan baju batik berwarna hijau manakala Nurulhidayah dan Mohamad Nasaee pula tiba secara berasingan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijangka hadir se­mula ke Ibu pejabat SPRM esok bagi menyambung memberikan keterangan.

Ini merupakan kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil memberikan keterangan membabitkan siasatan penyelewengan dana sebuah yayasan dikaitkan de­ngan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini