Semua calon Bebas hilang deposit - Utusan Malaysia

Semua calon Bebas hilang deposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 13 Okt. – Kesemua calon Bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hilang deposit.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, termasuk hilang deposit adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

“Kecuali calon Pas, semua calon Bebas hilang deposit termasuk Mohd. Isa,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai proses penjumlahan undi rasmi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pertandingan tujuh penjuru yang dimenangi oleh calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Mohd. Isa memperoleh undi sebanyak 4,230.

Manakala empat lagi calon Bebas iaitu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendapat 82 undi, Stevie Chan Ken 337, Kan Chee Yuen,154 dan Lau Seck Yan, 214 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini