PULAU PINANG 29 Okt. – Pihak berwajib digesa untuk menyiasat punca kejadian banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAPP) di sini dengan serius supaya tidak berulang pada masa depan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Yeoh Soon Hin berkata, bencana banjir kilat sehingga memasuki ruang pelepasan memberi imej buruk kepada negeri ini yang terkenal sebagai sebuah negeri pelancongan khususnya dalam kalangan pelancong asing. Ujar beliau, pihak berwajib khususnya Malaysia Airlines Berhad (MAB) perlu mencari punca sebenar kejadian seterusnya mengambil langkah segera dalam memastikan keselamatan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya