SEJAK mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, masyarakat di negara ini telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan terutamanya pendidikan. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan kepada masyarakat bermula daripada tadika sehinggalah kepada peringkat pengajian tinggi. Masyarakat secara umumnya berasa gembira dan puas hati dengan kemudahan tersebut. Namun, sejak beberapa tahun lalu, terdapat segelintir masyarakat yang mula beralih arah untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta. Pasti ada…










