KUALA LUMPUR 23 Okt. – Syarikat keselamatan siber, Securemetric Berhad menyasarkan meraih RM17 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) pada 25 sen sesaham. Syarikat berkenaan akan menawarkan 17 juta saham kepada orang awam sehingga 30 Oktober ini dan dijangka disenaraikan di pasaran ACE pada 13 November. Selain itu, ia akan menerbitkan 48 juta saham kepada pelabur terpilih dan tiga juta lagi kepada pekerja yang layak. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Edward Law…










