PORT DICKSON 5 Okt. – Calon Pakatan Harapan(PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak tertentu yang menuduhnya menggunakan masjid untuk berkempen. Katanya, beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat dan hanya menyampaikan tazkirah sebagai memenuhi undangan pihak berkenaan. “Mengapa (calon) yang lain boleh (pergi ke masjid) dan saya tidak (boleh),” katanya ringkas kepada para pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Usahawan…










