'Saya dan Mahathir akan gegarkan Port Dickson' – Anwar - Utusan Malaysia

‘Saya dan Mahathir akan gegarkan Port Dickson’ – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu teruja untuk bergandingan semula dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas satu pentas.

Beliau berkata, kehadiran Perdana Menteri ke Port Dickson yang dijadualkan Isnin ini membolehkan beliau dan bekas ketuanya itu kembali di atas satu pentas selepas 20 tahun.

“Isnin malam Tun Mahathir akan datang ke sini, insya-Allah dan ini kali pertama saya nak boleh berucap satu pentas dengan Tun Mahathir setelah 20 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau beliau hadir inilah kali pertama saya kembali satu pentas dan kita akan gegarkan Port Dickson setelah 20 tahun,” katanya semasa berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini