KUALA LUMPUR 3 Okt. – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam enggan memberi komen walaupun mempunyai pandangan peribadi berhubung isu permohonan maaf di antara dua sahabatnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, beliau mempunyai pandangan tersendiri terhadap kedua-dua mereka, namun, enggan mendedahkannya. “Saya ada komen tetapi tidak mahu komen (nyatakan). Kamu tidak kenal saya. Saya sudah terlalu tua. “Saya sudah lalui semuanya sebelum…










