SAUDARA PENGARANG, SUDAH beberapa hari kami penduduk Taman Santan 2, Kangar, Perlis, bergelut dengan ketidaktentuan bekalan air. Air yang mengalir lesu dari paip-paip di rumah kami selama ini, kini langsung tidak keluar. Tanpa sebarang penjelasan daripada Syarikat Air Perlis (SAP), kami dibiar terkapai-kapai dan berteka-teki tentang masalah yang dihadapi ini. Sudahlah dibiarkan tanpa makluman, inisiatif untuk membekalkan air ke kawasan kami pun tidak diadakan. Adakah kerana kawasan perumahan ini terdiri daripada golongan marhaen yang rata-ratanya bukan berpendapatan tinggi? Adakah sebab itu layanan terhadap aduan kami dianaktirikan begitu sahaja tanpa penyelesaian?…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya