Liverpool belanja RM453 juta beli Ekitike

Liverpool belanja RM453 juta beli Ekitike

Hugo Ekitike (kanan) akan tamil bersama pasukannya baharunya, Liverpool dalam musim ini selepas melengkapkan perpindahan bernilai RM453 juta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool melengkapkan pembelian penyerang Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt, semalam dengan yuran dilaporkan berjumlah 69 juta pound (RM396 juta).

“Pemain berusia 23 tahun itu berjaya melepasi ujian perubatan dan bersetuju dengan syarat peribadi bersama The Reds, membolehkannya terbang ke Hong Kong untuk menyertai rakan sepasukan baharunya pada jelajah pramusim di Asia hujung minggu ini,” menurut Liverpool dalam satu kenyataan.

Perpindahan bekas pemain antarabangsa B-21 Perancis itu ke Anfield menyaksikan jumlah perbelanjaan Liverpool pada musim panas ini melebihi 250 juta pound (RM1.4 bilion).

Liverpool terpaksa mengalih fokus kepada Ekitike selepas Newcastle enggan melepaskan penyerang Sweden, Alexander Isak yang dinilai sekitar 150 juta pound (RM861 juta) oleh kelab itu.

Newcastle dan Manchester United juga berminat mendapatkan Ekitike, namun Liverpool berjaya memenangi persaingan untuk mendapatkan salah satu bintang muda paling hangat di Eropah.

Difahamkan The Reds bersetuju untuk membayar tambahan sehingga 10 juta pound (RM57.4 juta) lagi dalam bentuk insentif bagi menandatangani Ekitike, menjadikan jumlah keseluruhan perpindahan mencecah 79 juta pound (RM453.7 juta).

Ekitike menjaringkan 22 gol dalam 48 perlawanan bagi semua pertandingan bersama Frankfurt musim lalu selepas berpindah ke kelab Bundesliga itu dari Paris Saint-Germain.

Dia disenaraikan dalam pasukan terbaik Bundesliga musim lalu selepas membantu Frankfurt menamatkan saingan di tangga ketiga di Jerman.

Liverpool kini mempunyai kekosongan di barisan serangan selepas kematian tragik Diogo Jota dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol baru-baru ini.

The Reds juga dilaporkan bersedia untuk menjual penyerang Uruguay, Darwin Nunez manakala penyerang Colombia, Luis Diaz ditolak bidaannya daripada Bayern Munich. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×