Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah dibuka di Terengganu - Utusan Malaysia

Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah dibuka di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Rumah Generasiku Sayang (RGKS) Negeri Terengganu yang pertama dilancarkan di Bukit Payong sini hari ini bagi memberi perlindungan kepada wanita atau remaja yang hamil tanpa ikatan perkahwinan. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohd. Jusoh berkata, pusat perlindungan yang diberi nama ‘Raudhatul Nisaa’ itu merupakan kuarters lama Klinik Kesihatan Bukit Payong yang dibaik pulih dan boleh menempatkan seramai lapan orang penghuni. Menurut Mohd., rumah tersebut ditubuhkan bagi menjaga kebajikan serta memberi perlindungan keselamatan terhadap ibu dan bayi yang akan dilahirkan. “Kita mahu memastikan remaja yang terlibat mendapat rawatan antenatal…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya