Rumah lebih RM250,000 tak laku - Utusan Malaysia

Rumah lebih RM250,000 tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan mendedahkan nilai rumah tidak terjual yang sebahagian besarnya berharga lebih RM250,000 kini mencecah sehingga RM22.5 bilion di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, 73 peratus daripada nilai itu merupakan kediaman yang berharga RM250,000 ke atas.

Katanya, unit kediaman tersebut akan cuba dijual menerusi ekspo pemilikan kediaman yang dijangka diadakan pada Januari depan.

“KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) dan pemaju sudah berunding untuk mengadakan ekspo pemilikan kediaman seperti yang pernah dianjurkan pada tahun 1998 serta 1999.

“Kita sedang menunggu (pe­rincian daripada) pembenta­ngan Bajet 2019 pada 2 November ini. Bank Negara dan pelabur perumahan telah bersetuju untuk membantu menyediakan skim pembiayaan bagi membolehkan pemohon mendapat kelonggaran pinjaman,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN