PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 10.42 pagi di sini hari ini. Kehadiran beliau bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes SRC International Sdn. Bhd. iaitu bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain kes penggubahan wang haram. Rosmah tiba dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana pada pukul 10.45 pagi. Beliau dilihat memakai baju kurung dan berselendang…










