PUTRAJAYA 3 Okt.- Datin Seri Rosmah Mansor yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 esok. Kenyataan akhbar SPRM. Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, Rosmah ditahan selepas SPRM mendapat keizinan untuk mendakwa isteri bekas Perdana Menteri itu daripada Pejabat Peguam Negara. “Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta…










