GIMNAS cilik negara, Rayna Hoh Khai Ling mempunyai masa depan cerah dalam arena gimrama berdasarkan kebolehan dan kejayaan diraihnya sepanjang beraksi di peringkat remaja sebelum menyertai skuad kebangsaan mulai tahun depan. Terbaharu, Rayna, 15, meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina semalam menerusi acara berformat baharu, gimnastik berpasukan antarabangsa yang pertama kali diperkenalkan pada temasya tersebut. Walaupun ia tidak dikira dalam pungutan pingat negara, namun kejayaan itu sememangnya menyuntik semangat atlet Wilayah Persekutuan itu untuk terus menyinar dalam skuad senior memandangkan ini adalah tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya