Rasuah: Inspektor wanita pula ditahan - Utusan Malaysia

Rasuah: Inspektor wanita pula ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seorang polis wanita berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM40,000 daripada pemilik kedai nombor ekor haram, kelmarin.

Wanita berusia 38 tahun itu, ditahan kira-kira pukul 11.42 malam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dekat sini selepas hadir memberikan keterangan.

Penahanan Inspektor tersebut susulan penangkapan seorang ketua polis daerah di Sarawak berpangkat Deputi Superintenden sehari sebelum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, suspek disyaki bersubahat dengan ketua polis daerah tersebut.

“Ketua polis daerah terbabit telah meminta pemilik kedai nombor ekor haram memasukkan wang ke dalam akaun suspek dan wanita itu kemudiannya memasukkan wang tersebut ke dalam akaun milik ketua polis daerah itu,” katanya, di sini semalam.

Jelas sumber, suspek yang bertugas di Selangor telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 beserta seorang penjamin semalam. 

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini