Pusaran air punca enam anggota bomba lemas - Utusan Malaysia

Pusaran air punca enam anggota bomba lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Pusaran air deras dipercayai menjadi punca enam anggota bomba mati lemas ketika operasi mencari dan menyelamat remaja 17 tahun di lombong Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini hari ini.

MOHAMMAD HAMDAN WAHID
MOHAMMAD HAMDAN WAHID 

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohammad Hamdan Wahid berkata, keenam-enam anggota bomba yang maut dari Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor telah menjalankan operasi mengikut prosedur.

“Sejurus tiba, mereka turun untuk mencari mangsa yang dikhuatiri lemas bersama peralatan khas. Bagaimanapun, mereka termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat.

“Anggota bomba yang lain berjaya membawa mereka naik dan memberikan bantuan pernafasan namun mereka disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sedang, di sini hari ini.

Mohammad Hamdan memberitahu, tragedi ini kali pertama berlaku melibatkan jumlah anggota yang banyak dan menjadi satu kehilangan besar dalam JBPM.

“Kita akan membuat siasatan dalaman bagi mengenal pasti langkah-langkah pencegahan supaya kejadian sama tidak berlaku lagi di masa akan datang.

“Ini kejadian yang amat menyedihkan bagi JBPM,” ujarnya.

Tambah Hamdan, jenazah anggota bomba yang terkorban akan dibawa ke balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam selepas proses bedah siasat tamat untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Sebelum kejadian, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.19 petang mengenai seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan ketika memancing bersama dua lagi rakannya.

Ekoran daripada itu, Unit PPDA Selangor yang pakar dalam situasi penyelamatan di air dipanggil bagi membantu operasi mencari dan menyelamat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN