PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. sedang membangunkan arahan suara dalam bahasa Thailand dan Indonesia untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, X70. Proton juga memberi bayangan bahawa kedua-dua negara itu dijangka menjadi antara destinasi eksport pertama untuk kenderaan itu. Enggan mendedahkan butiran mengenai rancangan eksport Proton, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Abdul Rashid Musa berkata, syarikat turut mendapat hak pembangunan teknologi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan pengeluaran…










