Projek jalan RM545 juta ditangguh - Utusan Malaysia

Projek jalan RM545 juta ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Projek Jalan Bukit Kukus bernilai RM545 juta dijangka tertangguh lagi selepas 14 rasuk konkrit berukuran 25 meter setiap satu yang terdapat di tapak pembinaan terjatuh ke lereng Jalan Tun Sardon di sini pada Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah mengeluarkan arahan bagi menghentikan kerja bagi projek itu selepas beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng tersebut.

Zairil berkata, beliau dimaklumkan kejadian itu berpunca daripada seorang pengendali kren yang secara tidak sengaja telah melanggar sebatang rasuk yang diletak di atas tanah menyebabkan rasuk-rasuk yang lain jatuh secara berturutan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Siasatan dalaman juga telah dijalankan ekoran kejadian itu dan kami percaya projek ini yang dijangka siap sebelum hujung tahun depan akan tertangguh lagi,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN