Projek di lereng bukit perlu kajian - Utusan Malaysia

Projek di lereng bukit perlu kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Projek pembangunan khususnya yang dicadangkan di kawasan lereng bukit atau gunung perlu dikaji bagi memastikan ia tidak merosakkan alam sekitar dan menjejaskan keselamatan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemaju projek pembangunan juga perlu mengambil kira kea­daan perubahan cuaca yang tidak menentu dewasa kini.

“Bila pokok dipotong, tanah terdedah lebih cepat dan jadi lumpur sekiranya hujan lebat. Apabila nak buat jalan, kena kaji dulu apakah ia selamat atau tidak? Ini kerana pokok-pokok yang tumbuh di hutan perlu dijaga kerana ia boleh bertindak untuk menstabilkan tanah,” katanya selepas melawat rumah mangsa ribut dan banjir di Kuala Teriang di sini semalam.

Menurutnya insiden tanah runtuh di Pulau Pinang semalam dan beberapa bencana lain yang telah berlaku menunjukkan negara tidak terkecuali daripada ditimpa malapetaka. 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN