Polis tahan geng pecah rumah - Utusan Malaysia

Polis tahan geng pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 4 Okt. – Polis Seberang Perai Utara (SPU) berjaya menahan dua lelaki yang diysaki terlibat dengan kes pecah rumah di sekitar kawasan ini dalam Op Pintu pagi semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di sekitar kawasan ini selepas polis menerima aduan daripada seorang mangsa Selasa lalu yang mendakwa rumahnya di Taman Penaga Permai dekat Penaga dipecah masuk selepas dia mendapati tingkap hadapan rumah dan cermin bahagian bawah tingkap telah terbuka manakala jeriji tingkap telah terkopak.

 Mangsa juga mendapati bilik tidur utama dan dua lagi bilik tidur lain berada dalam keadaan berselerak selain mendapati wang tunai, dua utas jam tangan, tujuh tabung duit dan satu dekoder kamera litar tertutup (CCTV) yang kesemuanya bernilai RM13,000 hilang.

Memuatkan artikel berkaitan…

 Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek dipercayai masuk melalui tingkap dan kemudiannya memotong serta membengkokkan jeriji tingkap sebelum masuk hasil penemuan tiga kesan cap jari pada tingkap yang diumpil dan tiga lagi pada kotak berwarna putih yang berselerak di hadapan rumah

 “Susulan itu polis yang menjalankan Op Pintu berjaya menahan suspek pertama di Kuala Bekah dekat sini manakala suspek kedua ditahan di tepi Jalan Bertam 2 berhadapan Wisma Persekutuan Kepala Batas.

 “Ujian saringan air kencing ke atas mereka mendapati positif dadah jenis methamphetamine selain suspke pertama memiliki 15 rekod lampau manakala suspek kedua memiliki 27 rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan termasuk dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Jelas Noorzainy, polis telah merampas sejumlah wang tunai, tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan utas jam tangan, 12 utas rantai dan gelang, sebuah komputer riba dan beberapa barangan lagi daripada suspek.

 Tambahnya, kedua-dua suspek kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini