BUTTERWORTH 2 Okt. – Polis Seberang Perai Utara (SPU) berjaya menyelamatkan tiga wanita warganegara Thailand yang dipercayai diperdagangkan untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah Pusat Urut di Jalan Limbungan Indah dekat sini malam tadi. Turut ditahan dalam serbuan pukul 7.55 malam itu adalah seorang lelaki yang disyaki menjalankan aktiviti memperdagangkan manusia di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 serta dua pelanggan yang berada…










