Polis India siap siaga hadapi tunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Polis India siap siaga hadapi tunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 16 Okt. – Pihak berkuasa India menempatkan ratusan anggota polis di negeri Kerala hari ini sebagai persediaan selepas penunjuk perasaan mengugut untuk menghalang golongan wanita daripada memasuki kuil, biarpun arahan mahkamah membenarkan mereka untuk beribadat di kuil.

Mahkamah Tinggi India pada September lalu membatalkan larangan terhadap golongan wanita berusia antara 10 dan 50 tahun yang datang haid tidak dibenarkan memasuki kuil.

Bagaimanapun, kumpulan aktivis berpendapat keputusan tersebut tidak berasas memandangkan kuil adalah tempat suci bagi penganut agama Hindu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN