ALOR SETAR – Polis berjaya menggagalkan cubaan lima lelaki yang disyaki mahu mengedar sebanyak 248 ketulan mampat dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM630,250 selepas empat daripada mereka ditahan di Kedondong, Pokok Sena di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, sepasukan polis unit kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menahan kereta jenis Proton Waja dan Toyota Vios yang dalam keadaan mencurigakan di Kedondong. Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, pihaknya berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 42 tahun yang menaiki kereta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya