PH perkenal dasar baharu dalam kajian separuh penggal RMK-11 - Utusan Malaysia

PH perkenal dasar baharu dalam kajian separuh penggal RMK-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan strategi baharu yang berasaskan manifestonya berhubung  hala tuju ekonomi negara pada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Parlimen, 18 Oktober ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, strategi-strategi itu sedang diteliti secara terperinci oleh Unit Perancang Ekonomi.

Kerajaan masih akan membentangkan laporan kemajuan dalam tempoh dua tahun pertama RMK11 namun kali ini akan turut dibentangkan strategi baharu dalam menentukan hala tuju dasar ekonomi negara menurut manifesto PH, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Mohamed Azmin mempengerusikan sesi pemukiman keenam bersempena Mesyuarat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) peringkat Menteri ke-24 di Bandar Hilir di sini. 

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Menteri Penyelaras Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution dan Menteri Pengangkutan Thailand, Arkhom Termpittayapaisith. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini