Pesawat Lion Air JT610 terhempas - Utusan Malaysia

Pesawat Lion Air JT610 terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Okt. – Pesawat Lion Air yang mem­­bawa 188 penum­pang dan kru dipercayai tenggelam selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, hari ini, sejurus berlepas dari ibu negara ini menuju ke Sumatera.

Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan na­has melibatkan pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terputus hubungan dengan menara kawalan 13 minit selepas berle­pas dan sebuah bot tunda yang sedang meninggalkan pelabuhan Jakarta melihat jet penum­pang itu jatuh.

Bagaimanapun tiada tanda-tan­da mangsa terselamat dalam nahas pesawat baharu, Boeing 737 MAX 8 dan pasukan menye­lamat menemukan beberapa ce­bisan manusia di lokasi nahas, ki­ra-kira 15 kilometer dari pantai.

“Kami masih belum mengetahui sama ada terdapat mangsa terselamat namun kami berha­rap, kami berdoa namun tidak dapat mengesahkan,” kata ketua agensi itu, Muhammad Syaugi.

Muhammad Syaugi berkata, antara barangan penumpang yang ditemukan di perairan di­percayai lokasi nahas pesawat itu ialah telefon bimbit dan jaket keselamatan,

“Kami sudah berada di lokasi, kapal dan helikopter kami se­dang berlegar di perairan itu ba­gi membantu dan pada masa sama akan menyelam bagi mencari serpihan pesawat,” katanya.

Sekurang-kurangnya 23 kakitangan kerajaan berada di dalam pesawat manakala jurucakap na­vigasi udara berkata, kapten pesawat berkenaan ada me­minta kebenaran untuk berpatah balik sebelum terputus hubungan.

Serpihan dipercayai daripa­da pesawat termasuk tempat du­duk penumpang ditemukan berhampiran kemudahan penapis minyak pesisir pantai milik sya­rikat Pertamina.

Berdasarkan maklumat daripada portal Flightradar24, pesawat JT610 berlepas dari Jakarta kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangka mendarat di Bangka-Belitung kira-kira pukul 7.20 pagi.

Isyarat pertama menunjuk­kan pesawat itu berdepan masa­lah adalah kira-kira 2 minit pe­­­nerbangan iaitu semasa jet pe­numpang itu mencapai ke­ting­gian 610 meter,

Jet itu kemudian menurun le­bih 152 meter dan melencong ke kiri sebelum berjaya naik pada ketinggian 1,524 meter, ketinggian yang digunakan sepanjang penerbangan itu.

JT610 kemudian mula mendapat kelajuan pada saat akhir yang mencapai 638 kilometer sejam sebelum data hilang semasa ia berada pada kedudukan 1,113 meter.

Kedudukan terakhirnya di­­kesan kira-kira 15 kilometer utara pantai Indonesia berdasarkan koordinat terakhir daripada portal terbabit.

Jika kesemua penumpang terbunuh, nahas melibatkan Lion Air akan berada pada kedudukan kedua kemalangan udara terburuk di negara ini selepas insiden melibatkan Garuda Indonesia A300 yang terhempas di Medan dan mengorbankan 214 orang.

Satu-satunya nahas terburuk Lion Air yang diasaskan pada 1999 berlaku pada 2004 apabila pesawat MD-82 terhempas semasa mendarat di Bandar Solo, dengan mengorbankan 25 daripada 163 penumpang.

Sementara itu, timbalan ketua operasi mencari dan menyelamat, Nugroho Budi berkata, pihaknya menetapkan tempoh tujuh hari bagi mencari mangsa jet penumpang dan tempoh itu akan ditambah bergantung kepada keperluan.

Katanya, buat masa ini, kira-kira 300 anggota daripada pelbagai agensi termasuk nelayan membantu dalam operasi menyelamat pesawat malang itu.

Sementara itu, Lion Air dalam satu kenyataan berkata, sebanyak dua warga asing terlibat dalam nahas itu iaitu juruterbang Kapten Bhavye Suneja dari India dan seorang penumpang warga Itali. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN