MELAKA 11 Okt. – Program Cuti-Cuti Riuh Sakan@Melaka Wonderland yang akan berlangsung Sabtu ini di Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland kini dalam persiapan terakhir untuk menerima kedatangan pengunjung. Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 6,000 pengunjung akan datang ke taman tema itu pada Sabtu ini bagi menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan menerusi program anjuran bersama Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia itu. Menurut beliau,…










