Perajurit ATM siap sedia dihantar ke Palu - Utusan Malaysia

Perajurit ATM siap sedia dihantar ke Palu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Selepas menghantar tiga buah asetnya ke Indonesia untuk misi bantuan kemanusiaan bencana tsunami, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mempersiapkan anggotanya untuk ditempatkan ke Palu, Sulawesi seandainya diperlukan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, walau bagaimanapun setakat ini Malaysia masih belum menerima permohonan dari negara jiran itu untuk tujuan berkenaan.

“Kebiasaannya, negara yang mengalami bencana akan memohon walaupun kita telah bersedia. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ada kapal yang sedia untuk diatur gerak.

“Anggota Tentera Darat pun bersedia. Jadi, sekiranya diperlukan kita sedia membantu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Maal Hijrah Peringkat ATM di Masjid Khalid al-Walid di sini, hari ini.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN