KAJANG 12 Okt. – Seorang peragut tersalah pilih mangsa apabila dia ditangkap lelaki yang diragutnya dalam kejadian di Jalan Semenyih, di sini semalam. Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun itu gagal mengawal motosikalnya selepas dikejar mangsa berusia 25 tahun sehingga melanggar sebuah kereta yang turut berada di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang berasal dari…










