Penyamun butik pengantin dicekup - Utusan Malaysia

Penyamun butik pengantin dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri antara empat individu yang diberkas polis kelmarin kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah masuk sebuah butik pengantin di Sungai Dua, Butterworth di sini pada Julai lalu.

Suspek iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 39 tahun itu ditahan dalam tiga operasi di sekitar Butterworth bermula pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pada Julai lalu, pemilik butik pengantin tersebut mendapati beberapa barang di butik miliknya telah hilang selepas sehari meninggalkan premis itu.

“Mangsa yang mendakwa butik itu ditinggalkan dalam kea­daan berkunci mendapati keadaan berselerak apabila dia datang semula ke butiknya keesokan hari.

“Dia menyedari terdapat kesan umpil pada pintu di tingkat atas premis terbabit selain mendapati beberapa barang yang sudah hilang,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN