ISTANBUL, Turki, 5 0kt. – Meningkatkan tahap pendidikan adalah cara terbaik bagi mereka yang bercita-cita menikmati kehidupan yang lebih sempurna pada masa depan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan itu juga berpeluang untuk mendapat pekerjaan lebih selain memiliki kemahiran tahap tinggi. “Selaras dengan matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui pendidikan, golongan pendidik juga perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya berupaya menyampaikan pembelajaran dengan lebih efektif…










