Pengundi diminta manfaatkan janji Anwar PM kelapan - Utusan Malaysia

Pengundi diminta manfaatkan janji Anwar PM kelapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 7 Okt. – Para pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson perlu mengambil manfaat daripada janji Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri kelapan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, Anwar kini adalah calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, hanya pengundi Port Dickson yang mampu menjadikan janji Dr. Mahathir sebagai satu kenyataan dengan mengundi Anwar dalam PRK tersebut.

“Saya percaya rakyat Port Dickson ingin wakil rakyat mereka sebagai seorang Perdana Menteri.

“Peluang itu kini terbuka dan faktor ini akan membuatkan mereka keluar mengundi pada Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga anggota bomba yang lemas, Allahyarham Adnan Othman di Taman Jaya, Lukut dekat sini hari ini.

Menurut Mahfuz, Dr. Mahathir telah menunjukkan komitmen terhadap janji itu dengan turun padang ke sini malam esok bagi membantu kempen PRK berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN