Pengundi di Port Dickson diseru keluar mengundi Sabtu ini - Utusan Malaysia

Pengundi di Port Dickson diseru keluar mengundi Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Jumlah pemilih yang layak untuk undi biasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini adalah 68,317 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, berdasarkan daftar pemilih suku kedua tahun 2018, jumlah yang layak mengundi biasa adalah 68,468 orang namun daripada jumlah tersebut, sebanyak 169 kertas undi pos telah dikeluarkan.

“Pengundi dinasihatkan merancang masa dan keluar awal pagi walaupun tempoh waktu mengundi telah dilanjutkan dari pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang.

“Ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta dijangka hujan di sebelah petang. SPR juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian,” katanya dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini.

PRK Port Dickson yang akan berlangsung Sabtu ini bakal menyaksikan pertarungan tujuh penjuru antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan; calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan,
Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN