Penganjur sediakan bas ulang-alik ke konsert iKON dan WINNER  - Utusan Malaysia

Penganjur sediakan bas ulang-alik ke konsert iKON dan WINNER 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas ulang-alik disediakan buat peminat yang bakal menyaksikan persembahan dua kumpulan popular dari Korea Selatan, iKON dan WINNER yang kedua-duanya berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam.

Kemudahan tersebut disediakan secara percuma di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga, Shah Alam dan Stadium Melawati bermula pukul 10 pagi hingga 9.30 malam bagi penonton yang akan menghadiri konsert iKON esok (Sabtu) sementara WINNER, Ahad ini.

Konsert anjuran MacpiePro yang berjudul iKON 2018 Continue Tour In Kuala Lumpur dan WINNER 2018 Everywhere Tour In Kuala Lumpur itu akan bermula pada pukul 6 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiket bagi Zon Hijau dan Zon Biru telah HABIS dijual sementara Zon iKONIC/ Zon INNER CIRCLE berharga RM639, Zon Merah (RM673), Zon Kuning (RM573) dan Zon Ungu (RM483) masih boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my. 

Untuk perkembangan lanjut sila layari Facebook @MacpiePro dan www.macpiepro.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini