KUALA LUMPUR 16 Okt. – Penganjur pesta arak, Oktoberfest wajib mempamerkan notis ‘Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan’ pada semua label produk dan kabinet jualan minuman beralkohol. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, peraturan tersebut turut melibatkan semua pengusaha yang menjual minuman beralkohol. “Selaras dengan pindaan peraturan baharu ini juga, penganjur Oktoberfest terikat dengan apa yang ditetapkan kementerian. “Saya akan bertemu dengan penganjur Oktoberfest untuk mengingatkan mereka agar mematuhi peraturan baharu ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya