Penduduk rakam imej pelik sebelum kejadian anggota bomba lemas - Utusan Malaysia

Penduduk rakam imej pelik sebelum kejadian anggota bomba lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Seorang penduduk tidak menyangka gambar yang dirakamnya ketika menyaksikan usaha mencari dan menyelamat remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini mempunyai imej pelik.

Foto tersebut dirakamkan lewat petang semalam ketika pasukan bomba tiba ke kawasan kejadian untuk memulakan operasi.

Gambar tersebut menunjukkan dua anggota bomba duduk di tepi lombong berkenaan namun terdapat imej berwarna hitam seperti orang (dalam bulatan) berada betul-betul di belakang salah seorang daripada mereka.

Seorang penduduk, Mohamad Alif Roslan, 28, mendakwa kawasan tersebut ‘keras’ kerana kerap berlaku orang lemas dan sebagainya.

“Kawasan ini kerap berlaku pelbagai kejadian yang mengorbankan nyawa atau mendatangkan kecederaan kepada pemancing mahupun penduduk,” katanya kepada Utusan Online dekat sini hari ini.

Sebanyak enam anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor maut selepas termasuk ke dalam pusaran air yang sangat deras akibat hujan lebat ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN