Penduduk desak henti segera projek - Utusan Malaysia

Penduduk desak henti segera projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 15 OKT – Kira-kira 80 penduduk Subang Bestari di sini me­ngadakan bantahan men­­desak kerajaan negeri agar pembinaan projek perumahan 18 tingkat di sebuah tapak dalam kawasan taman perumahan mereka dihentikan segera.

Pengerusi Badan Bertindak Kelestarian Subang Bestari, Abdul Razak Mohammad berkata, projek itu harus dihentikan se­gera bagi mengelakkan timbul pelbagai masalah melibatkan keselesaan dan keselamatan pen­­duduk.

Menurutnya, penduduk kecewa dengan pem­binaan projek perumahan mampu milik kerajaan negeri itu kerana gagal mengambil kira kepentingan dan hak penduduk setempat.

“Tiada sebarang perbincangan dan makluman kepada penduduk berhubung projek tersebut.

“Penghadang yang dipasang di tapak berkenaan pada 22 Ogos lalu amat mengejutkan penduduk.

“Projek tersebut tidak mengikut proses yang betul seperti kajian impak termasuk notis bantahan 21 hari yang perlu ditampal sebelum kerja-kerja tanah bermula,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai bantahan itu di tapak projek di sini.

Sesi bantahan itu turut di­sertai penduduk Pangsapuri Seri Galaksi dan Taman Persada.

Sementara itu, se­­orang penduduk Amiruddin Muhammad Dunia, 46, berkata, jika projek itu diteruskan ia bakal menimbulkan kesesakan lalu lintas kritikal di kawasan itu.

“Kawasan perumahan ini sudah tidak sesuai lagi didirikan sebarang projek pembangunan kerana sudah terlalu padat,” katanya.

Turut menyuarakan rasa ter­kilan, Pengerusi Surau Al-Hakim, Azlan Zakaria, 56.

Katanya, jarak tapak projek dilihat terlalu hampir dengan kawasan perumahan dan surau sehingga boleh mengganggu keselamatan penduduk.

hh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN