PARIS 17 Okt. – Joachim Loew menegaskan, keputusan pengadil memberi sepakan penalti saat akhir kepada Perancis ketika pasukannya tewas 1-2 hari ini adalah tidak tepat sama sekali. Dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Stade de France itu, Perancis yang ketinggalan pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti Toni Kross, bangkit menerusi dua jaringan Antione Griezmann (minit ke-62 dan 80 (penalti)) . Kekalahan kedua berturut-turut itu menyingkirkan Jerman daripada separuh akhir selepas…










