Polis tahan pengasuh dera bayi di taska

Polis tahan pengasuh dera bayi di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengasuh yang dipercayai mendera bayi di sebuah taska di Desa Petaling dekat sini sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Penahanan suspek berusia 26 tahun itu dibuat pada 16 Disember lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual , Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassango jo jj berkata, tiga laporan diterima melibatkan mangsa berusia enam dan sembilan bulan.

“Kes diklasifikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih dijalankan.

“Siasatan awal mendapati cuma seorang suspek sahaja terlibat di dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di akaun Threads rakaman video memaparkan tindakan dua wanita yang dikatakan melakukan kekerasan seperti menampar dan mencampak bayi di pusat taska terbabit.

Insiden itu telah mencetuskan kemarahan netizen dan menimbulkan kebimbangan ibu bapa lain.

Menurut perkongsian @liyanazulkifli, rakaman itu menunjukkan anaknya bersama beberapa bayi mengalami penderaan fizikal oleh pengasuh taska.

“Anak saya baru enam bulan yang tak tahu apa-apa.

“Empat tahun tunggu, sembilan bulan aku kandungkan dia. Hancurnya hati tengok anak kena macam tu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN