KUALA LUMPUR 5 Okt. –Pergerakan Pemuda UMNO khuatir sekiranya syarikat pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) terpaksa membuat hutang baharu berserta jaminan kerajaan bagi membiayai Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), yang dianggap sebagai projek kereta nasional ketiga. Asyraf Wajdi Dusuki Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki risau situasi itu boleh berlaku memandangkan syarikat milik Khazanah, SilTerra Malaysia Sdn. Bhd. (SilTerra) yang dinamakan untuk menjadi rakan kongsi swasta bagi projek berkenaan,…










