LEICESTER, England, 28 Okt. – Pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dilaporkan berada di dalam helikopter yang terhempas di luar Stadium King Power, awal pagi tadi. Memetik laporan BBC, yang memetik sumber keluarga, Vichai dilaporkan menaiki helikopter tersebut selepas tamat perlawanan menentang West Ham. Walau bagaimanapun, wakil kelab dan syarikat milik Vichai, King Power International masih belum mengesahkan perkara ini. Menurut majalah Forbes, Vichai tersenarai sebagai individu ke-5 terkaya di Thailand dengan jumlah aset yang dijangkakan bernilai USD$4.9 bilion. Vichai memulakan empayar perniagaan King Power pada tahun 1989…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya