KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sepatutnya tamat pada 28 Oktober ini dilanjutkan sehingga dua minggu lagi dan dijangka berakhir pada 10 November depan. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, tempoh lanjutan itu membabitkan pertukaran tarikh pengundian peringkat cabang dan negeri melibatkan negeri Perlis, Perak, Kedah dan Sarawak. Menurutnya, pemilihan di Perlis dan Perak yang…










