IPOH 3 Okt. – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim yakin Perak berpeluang cerah untuk melangkah ke final Piala Malaysia. Kata Hasnul Zulkarnain, paling penting Perak perlu mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri menentang Sabah dalam perlawanan separuh akhir pertama Ahad ini dengan meledak jaringan yang selesa sebelum beraksi di Likas. Menurutnya, meskipun tidak pernah bertemu Sabah sebelum ini kerana pasukan lawan beraksi dalam Liga Perdana,…










