Pelan Hala Tuju Baharu diumum bulan hadapan - Utusan Malaysia

Pelan Hala Tuju Baharu diumum bulan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membentangkan Pelan Hala Tuju Baharu yang mengan­dungi tujuh teras utama selepas berlangsung Pameran Pertanian, Hotikultur dan pelanco­ngan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018, bulan hadapan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pelan yang bermatlamat menggalakkan bidang agro makanan negara itu kini sudah siap 90 peratus .

“Pelan itu penting untuk kita terjemahkan daripada dasar agro makanan dalam bentuk misi dan visi supaya pe­rancangan kementerian dapat direalisasikan.

“Kita kini di peringkat akhir persiapan dan 90 peratus siap untuk dilancarkan, sekali gus boleh memberi faedah besar berkaitan dua visi utama yang disasarkan kementerian iaitu memastikan kecukupan dan ke­selamatan produk makanan serta membantu meningkatkan pendapatan petani,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ide­ris dan Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN