Pas tidak sembah derhaka terhadap Agong - Utusan Malaysia

Pas tidak sembah derhaka terhadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pandangan Pas dalam isu kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak boleh dianggap sebagai sembah derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, Pas tidak menafikan pengampunan penuh di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan oleh Seri Paduka kepada Anwar, sebaliknya mempersoalkan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat gagal mentafsir kelayakan Ketua Umum PKR itu untuk bertanding pada PRK Parlimen itu.

“Saya percaya, Seri Paduka telah bertindak mengikut undang-undang di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya, adakah Anwar menerima pengampunan bebas di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas suarakan bantahan isu undang-undang ini kepada SPR…sekiranya SPR tidak mampu membuat tafsiran jelas (tentang kelayakan Anwar untuk bertanding di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan), SPR perlu merujuk kepada mahkamah sebelum pilihan raya dilaksanakan…bagi saya SPR tidak menjalankan peranan dengan sepatutnya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Pas dekat Telok Kemang, dekat sini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini