HULU SELANGOR – Seorang lelaki yang memandu lori secara melawan arus di Kilometer 432, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Sungai Buaya yang menjadi tular Ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Bagaimananapun tertuduh G. Alagenran, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang pemandu…










