Pak belang muncul lagi di Bukit Dedari, Kuala Tahan - Utusan Malaysia

Pak belang muncul lagi di Bukit Dedari, Kuala Tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seekor lagi harimau belang ditemui berkeliaran di Bukit Dedari, Kuala Tahan dekat sini malam tadi.

Pemilik Danz Eco Resort Taman Negara, Rasdan Salleh, 43, berkata, dia bersama dua pekerjanya terserempak dengan harimau belang itu kira-kira pukul 8.30 malam. 

“Kami dalam perjalanan balik dari Kuala Sat. Apabila tiba di Bukit Dedari, harimau belang itu tiba-tiba muncul melintas jalan. 

“Saya yang terkejut melihat harimau itu terus mengambil telefon bimbit untuk merakam gambar” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Rasdan menambah, dia tidak pasti sama ada ia harimau yang sama dijumpai empat lelaki di kawasan tersebut pada 29 September lalu. 

“Ini kali kedua saya melihat harimau liar di depan mata. Kali pertama pada tahun 1992,” ujarnya sambil mengakui berdebar semasa pemangsa tersebut muncul di hadapan kenderaan. 

Penemuan itu telah dilaporkan kepada Jabatan Peindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. 

“Saya harap pihak Perhilitan melakukan pemantauan di kawasan berkenaan kerana bimbang dengan ancaman haiwan liar itu serta pemburu haram,” jelasnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN